Selama roh ini
diberikan kebenaran untuk meminjam tubuh ini….
Selama itu juga dosa
dan pahala sering menghantui….
Maka hadirkan dakwah
dan tarbiyah dalam diri….
Nescaya akhirat yang pasti
tersenyum menanti….
Akhwat
sekalian……memang benar tarbiyah itu berat….tarbiyah itu tersekat…..tarbiyah itu
terikat…..kerana kita tidak memperkatakan tentang dunia….kita turut memperingat
tentang akhirat. Pernahkah terdetik di hati kita rasa malu? Rasa sesal? Rasa
takut? Rasa tertanya-tanya…..akan segala yang akhwat sekalian lakukan sepanjang
berjalan atas titian tarbiyah ini?
Ingin
saya mengajak akhwat sekalian untuk berfikir sejenak…apakah sumbangan kita
sebagai khalifah agama ALLAH ini? Pernahkah kita berperang dengan golongan
penentang Islam? Mampukah kita mengISLAMkan sekampung manusia? Bolehkah kita
berdebat dengan sekumpulan pemutar belit kata-kata? Jika tidak……adakah tarbiyah
kita berakhir di sini?
Kita
sering membaca pelbagai risalah dan majalah berkaitan masalah umat di Negara
kita. Dengan istighfar kita berfikir….dengan
zikir kita ligat mencari pelbagai penyelesaian… betapa bercita-citanya
kita mencari dan mencegah kemungkaran. Tanpa sedar, kelihatan sahabat di
sebelah yang bangga mendabik dada atas pujian dunia yang diterima….Tanpa sedar, kelihatan sahabat di
hujung jalan yang sibuk membetulkan pakaian agar terserlah segala
kecantikan….Tanpa sedar, kelihatan sahabat di sudut bangunan leka bergelumang
dengan maksiat. Realiti hidup manusia memang gemarkan perkara-perkara yang
penting dan sensasi….sehingga membiarkan perkara-perkara yang remeh
terbengkalai tanpa solusi.
Kita
sedar akan keupayaan diri yang tidak begitu mampu untuk berjuang di medan
perang atau berdebat di landasan agama…kerana kita faham diri kita yang
sebenar. Jadi mengapa akhwat sekalian hanya terdiam ketika sahabat di
sekeliling leka mengikut arus dunia…..leka mengikut trend semasa sehingga
mencemarkan erti agama kita? Jika tidak mampu untuk menghentikannya serta
merta….cukuplah dengan tidak menggalakkan….cukuplah dengan hanya menunjukkan
minat yang kosong. Kerana pujian kepada
mereka hanya menambah keyakinan dalam diri mereka bahawa mereka sudah mengikut
syariat agama dengan baik…..walhal kita sedar ianya salah …..budaya fesyen
muslimah yang meningkat naik dengan drastik zaman ini hanya melalaikan lagi
iman di hati mereka…..adakah hijab itu untuk pandangan masyarakat dunia sahaja?
Jadi mengapa kita tersenyum dan memuji tatkala mereka menyarung tudung yang
tidak cukup inci….baju yang tidak cukup labuh dan seluar yang tidak cukup
ruang?
Jadi
siapakah anda wahai murobbiah sekalian? Akhwat sekalian? Mukminin sekalian?
Jika hanya mampu melihat tanpa bertindak…..jangan terlalu menunggu hati untuk
bersedia. Jangan jadikan alasan kurang pengalaman sebagai batu penghalang
langkah dakwah. Kerana alas an sebegitulah yang menjadikan kita sering lupa…yang
menjadikan diri kita sering alpa….dan akhirnya kita biarkan mereka begitu
sahaja. Kita sering berkata, “Saya masih tidak bersedia, jadi saya akan
menunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana setakat itu sahaja kemampuan
saya”. Cuba anda lihat sekeliling anda, selama anda menunjukkan contoh yang
baik….adakah sahabat anda turut berubah? Jika mereka hanya melihat, mereka
hanya faham bahawa antunna yang berubah maka mereka tidak perlu ambil kisah. Kerana
kita hanya menunjukkan tanpa memberitahu sebab kita berubah. Kita pendamkan,
kita rahsiakan.
Perlu kita
ingat sebagai rakan tarbiyah yang tahu dan faham kehendak agama…kita mampu
membawa perubahan. Ana sendiri hamba yang lemah tapi hamba tidak mahu dipanggil
di akhirat kelak dan disalahkan oleh sahabat-sahabat ana kerana tidak menegur
mereka….kerana tidak membetulkan pemahaman mereka. Ana sedar antunna sekalian
risau jika mereka singkirkan antunna dalam hidup mereka….tetapi
sekurang-kurangnya antunna telah berusaha dan mereka tidak akan dapat
menyalahkan antunna di akhirat nanti….itu yang pasti.
Ayuh kita
perbetul niat di hati….dalam titian dakwah dan tarbiyah ini……adakah kita hanya
akan menanti akhirat yang pasti tanpa memberi sumbangan pada agama Islam yang
suci ini.

Posted by : InsanLemah