Saturday 14 April 2012

Entry Pertama : T.A.R.B.I.Y.A.H


Alhamdulillah. Praise to Allah SWT.
:)
Alhaldulillah digerakkan hati untuk saling berkongsi menerusi blog. Satu perkongsian yang angah harap dapat menjentik hati-hati kita agar kita dapat hidup dalam tarbiyah dan didikan Islam selalu. Sebelum baca, niat dlu, baca lillahitaala. Pastu, mane2 bahagian, pokok bicara yang diketengahkan di sini mohon baikilah mana-mana yang patut.
Tarbiyah. Hmmm, pernah dengar b4 nie, tp x amek serex ngat. Apa yang angah pasti, tarbiyah ni, satu yg positiv, baik, xde unsur2 jahat. Sampai tu je.
Pas tu, tanya kt alang n umi nisa’, tarbiyah nie ape? Both answers are quite similar, since both stresskan tarbiyah adalah didikan. More specifically, it is tarbiyah in Islam. Dlm erti lain, tarbiyah adalah didikan yang diketengahkan dalam ajaran agama kita sendiri, iaitu ajaran agama Islam.
So mse tu, dpt ckit point nk tulis sal ape.hehehe. See? Ilham nie Allah bgi ble2 jer. Menerusi pelbagai medium dan cara. Kan...?? ilham izzat?..teringing nk bce lg blog mung.still, tape la. Byk komitmen lain kn?its ok..:)
Hmmm.. Tarbiyah. Usrah. Halaqah. Three words which i think strongly related to one another. Nape yer saling berkaitan demo tigo nie? Haaa... sebabnya,, dlu kan, kita ada usrah, pastu naik tarf ke HQ (halaqah) which angah rsa, both medium focus kt didikan menjadi seorang Muslim yang berkualiti. Secara x langsung, tarbiyah disalurkan melalui usrah dan HQ.

Sebelum proceed dgn ape2 hal kt dunia ni, betulkan niat dlu.
contoh: nk tido, nk basuh baju, wat assaimen, makan, pasang niat dlu.
along kate, renew niat. Ateh kate, perbetul niat, achik xkate pape g.hehehe. Sme cm angah gk.
J

Al Mathurat nie elok di amalkan, selalu. Klu x sempat pagi, petang, klu dua2 xsempat, mgrib tu jgn lupa bca.
sebab ape? Al mathurat ade satu doa yg sesuai bebeno ngn kita as pelajar. Doa untuk menghilangkan malas. Angah salu malas. Kerja pn salu wat last2 minute. Dh tu msa kuliah, tersenguk2 cm paham jer lecture bebel pe kt depan. Ateh dok kt tepi angah kn? T tolong cubit angah ble fenomena seperti ini berlaku lg. Makin2 msa tgh hri. Mata trasa berat ja.huuu

Ingat kat Allah, banyak2. Melalui zikir. Nape nk ingat kt Dia? Sebab nk Dia ingat kt kita. Simple kan? Hmm..tp susah nk prctice. Nti pakat2 ingat sama nahh.. angah lupa, tolong ingtkan. Anje, along, achik, alang, uda, anjang, ateh, ucu, lupa tolong igtkan. Umi pn..:)
solat malam, solat hajat. Memang ada kaitan dgn tarbiyah. Angah mmg ade je bgn malam. Bgn mlm nk siapkan asaimen, bukan tat special bgn malam. Hehehe.
So, skng, angah cuba buat special bgn mlm. Its special since kite leh performs any solat sunat yg kite nk. Solat sunat hajat 2 rakaat can be so so special dgn adanya tarbiyah dlm diri. Still, angah perlu baiki byk perkara lagi. Tarbiyah yang usrahmates n Hqmates share selama nie bukak pintu, hati, mata telinga angah untuk berdepan n mencari jati diri pada landasan yang betul.

Ape yang penting, kita ada Allah. Allah bagi tarbiyah dalam pelbagai bentuk. Kna rajin untuk selalu berada dalam tarbiyah. Amin.
angah beruntung dpat jumpa semua, angah x baik, bantu angah jd org baik. Ingatkan angah ble angah lupa, tarik angah ble angah tenggelam dalam arus deras, peluk angah ble angah salu jatuh.
Ukhwahfillah ..xD
O.V.E



Friday 13 April 2012

Kami Mahu Jadi Pejuang!

Selawat dan salam buat habibullah Muhammad yang dikasihi.Alhamdulillah, Allah masih memberi sedikit ruang dan meminjamkan sedikit tenaga untuk mencoret sesuatu untuk bulatan yang bahagia ini.



Mujahid Kecil yng Bersemangat!


Uh.Mengeluh kecil.
Banyaaak sungguh kerja dunia ini.
Kejap perlu ke sana.
Perlu siapkan esaimen.
Oh,alamak!besok ade presentation!
eh, Printer ni buat hal pulok..sok nak submit ni.Fire kang.

Eheh.Akhawatku sayang.Jangan mengeluh. Saat inilah baru nampak kesabaran kita diuji.:)
Sibuk kan akhir-akhir ini.Sungguh, Betul sangaaat hadith Rasulullah, nikmat yang sering dilupakan manusia adalah nikmat sihat dan masa lapang.Banyak yang boleh kita dapat nilai daripada kesibukan ini.Kesibukan dunia ini.

Masa lapang.Waktu lapang,berlalu begitu saja tanpa diisi apa apa.
Masa sibuk.Waktu sibuk, xcukup tangan nk buat kerja.Nak siapkan semuanya pada masanya.

Tapi kan sayang-sayangku..

bukankah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah itu sangat menghargai masa dan teratur susunannya?
hihi.pelepuk ada batu hempap muka ana.
tak susah mahu berubah, namun xsukar untuk memulakan langkah kan?

Sibuk,tapi masih ada masa hadirkan diri ke bulatan gembira.Oh,itu sweet.
Sibuk,tapi masih ada masa solat berjemaah di masjid atau di surau atau dibilik bersama roomate.Alamak hai.Itu pun sweet.:D

Sebab kita ini pejuang akhawatku.Berjuang dengan nafsu.Berjuang untuk meletakkan Allah atas segala-galanya.Berjuang memperbaik diri dari hari ke sehari. Berjuang melaksanakan semuanya kerana Allah. Ya.Kerana Allah.


Bulatan ini sangat berharga.Kesedapan duduk dalam bulatan ini lebih sedap lagi daripada makan ayam goreng Kelantan Fried Chiken itu.Kerana ukhuwah atas dasar cinta Allah ini sangat bermakna.Kali pertama ummi ajak.Kali pertama bernangis-nagis kerana rasa telah jauh. Kali pertama kembali kepada fitrah. Saling mengingatkan.Saling menegur.Saling mentadabbur.

Ummah ini perlukan pejuang.Yang kuat dengan ibadahnya,dengan tautan silaturahimnya,dan dengan semangat jihad mempertahankan Islamnya.
Allah.Panas mata ini.Kami Mahu Jadi Pejuangmu Ya Allah!

oh.Lupa.Ini adalah antara barang yang perlu diboikot.Mari,memulakan langkah seorang pejuang!

Uda,140412
Semail.Allah grant us InsyaAllah.:D

Friday 6 April 2012

Tarbiyah Diri


Assalamualaikum…alhamdulillah..petang jumaat hari ni, kita semua masih bernafas dengan baik. Apa khabar ummi dan adik2 yg membaca? Moga kalian dalam keadaan sihat walau tidak sempat bersua muka. Kepada yang tak sihat mana tu..banyakkan bersabar. Inshaallah..Allah bagi ganjaran kepada mereka yang bersabar dengan segala dugaan dan cubaan yang diberi-Nya.

Ana tak reti nak berbahasa berbunga2..tak reti nak bermadah pujangga..tapi inshaallah akan cuba untuk sampaikan sesuatu dengan cara sendiri, sesuatu dari hati. Kata orang, hati wanita terletak di mulut, maka apa yang nak disampaikan dari hati ini, melalui mulut ini  akan disalurkan ke bentuk tulisan.

 Baik, terus kepada tajuk kita iaitu tarbiyah. Jika diikut kamus pemahaman ana sendiri, tarbiyah ialah satu usaha untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik. Dari hidup yang bergelut dengan perkara jahiliyah, kita berusaha untuk meninggalkannya dan berjuang pula untuk melakukan kebaikan sebanyak dan seikhlas yang boleh. Apa pula pandangan kalian yang membaca mengenai maksud tarbiyah? Pandangan anda boleh dikongsi.:)

Sememangnya kita tahu, untuk meninggalkan suatu perkara yang buruk dari dalam diri memang payah. Ia seolah-olah sesuatu yang melekat kuat dalam badan kita. Tapi, jika kita kuatkan semangat dan teguhkan hati, inshaallah..semua dugaan akan dapat diatasi.

Untuk mentarbiyah dan mendidik diri memang payah kerana kita ada kekangan nafsu yang menggelupur untuk menarik kita kearah perkara yang tidak  baik. Selalulah berdamping dengan orang yang boleh membawa kita ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Berkumpul dan berbulatan dengan mereka yang boleh sama-sama berbincang dan mencari penyelesaian kepada mana-mana kesulitan.

Antara dua. Mana satu pilihan kalbu dan iman?
Usrah contonya, pengisian usrah sangat bagus untuk kita teladani dan amalkan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya perjalanan menuju usrah juga merupakan satu tarbiyah kepada diri secara direct. Hati kita kadang-kadang berbolak-balik, nak pergi ke tak nak? Malas lagi…letih lagi…banyak kerja lagi…tapi jiwa yang besar dan hati yang kental akan melawan semua bisikan tu. Ana juga tidak terkecuali untuk menerima dugaan ini. Namun yang pasti setelah berjam-jam duduk berbulatan bersama akhawat, kita memperolehi sesuatu yang tidak kita jangkakan. Ketika ingin pulang ke bilik masing-masing, minda dan hati sama-sama memproses dan menilai betapa bertuah dan bersyukur atas  kehadiran kita ke usrah. . Semoga kalian juga tabah dan thabat di jalan ini. Sama-sama kita doakan. Ingat lagi 10 muwasafat tarbiyah?Ok, nak kongsi jugak walaupun adik-adik dah ada..

1) Aqidah yang mantap
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang mantap
4) Mampu berdikari 
5) Berpengetahuan luas
6) Tubuh yang cergas
7) Menguasai diri
8) Teratur susunannya
9) Sangat menghargai masa
10) Bermanfaat kepada orang lain.

Sekian saja dari along.Tarbiyah diri kita untuk tarbiyah umat. Jaga diri, amal, jaga iman dan jagalah hati…assalamualaikum!

16.45pm, fuh.cam x caye diri ni berblogging guna bahasa formal ikut buku karangan BM.huhu

Wednesday 4 April 2012

Hati, hati-hati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Entri kali ini, saya nak berkongsi pasal 'hati'. A beautiful reminders, for me and you. Jadi kepada pemilik hati-hati kecil termasuk si penulis,  hati-hati. 


Hati kecil-ku,
Hati-hati,
Dalam menjaga pandangan.

Hati kecil-ku,
Hati-hati,
Dalam Menilai,
setiap perkara dalam kehidupan.

Hati kecil-ku,
Hati-hati,
Supaya terus berjihad ke jalan-Nya.

Hati kecil-ku,
Hati-hati, 
Supaya terus thabat dalam 
penyampaian kalimah syahadah ke seluruh alam semesta.

Hati kecil-ku,
Hati-hati,
Pesan si pemilik hati. 
Alang, si pemilik hati kecil


Hati, hati-hati dalam menjaga pandangan.


Mata? MasyaAllah. Mata selalu melihat perkara yang tak sepatutnya. Stalk di facebook? Yes. Meng-usha orang sana-sini. Yes. T.T


Kita, sebagai seorang muslim hendaklah menahan pandangan, memelihara kemaluan, dan menundukkan pandangan! Bagaimana? Dengan menjaga dan mengendalikan pandangan kita. Dengan memelihara pandangan, itulah sebenarnya yang suci bagi kita. Sebab apa ya seorang wanita perlu menjaga pandangannya, daripada melihat lelaki-lelaki yang kacak, lelaki-lelaki yang mampu menawan hati kecilnya? Sebab.....


Ia boleh membawa kpd zina hati. Wlpn secara zahirnya, kita tidak dapat lihat kecacatan yang terdapat pada hati kita, namun ia boleh membawa kepada segala bentuk kemungkaran  jika tidak dirawat dengan cepat. Contohnya, maksiat! Jom rawat hati! Rawat hati dengan jaga pandangan!


Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada. (22:46)


Memang susah! Tapi, insyaAllah Allah Maha Mengetahui. Allah mengetahui yang terbaik untuk kita. INGAT! Itu sebenarnya ujian. Ujian Allah untuk kita. Ujian untuk menguatkan hati kita. Ujian yang menunjukkan tanda kasih sayang Allah kepada kita. Subhanallah. Semoga hati-hati kecil kita kuat!


Hati kecilku, hati-hati dalam  menilai setiap perkara dalam kehidupan.


Keluhan yang sering melanda diri,


(1) Kenapa lah aku tak sekaya Kak Timah. Hmm bestnya bestnya, kalau kaya macam dia.
(2) Kenapa lah aku tak secantik Kak Leha. Hmm bestnya bestnya, kalau cantik macam dia.
(3) Kenapa lah aku tak sepandai Romlah. Hmm best! Best kalau pandai. Bahagia hidup.


Lepas beberapa minit,


(1) Kalau aku sekaya Kak Timah, mesti aku bongkak. Ak sombong. Ak asyik nak tunjukkan kemewahan yang aku ada pada khalayak ramai. MasyaAllah. Itu sebabnya, Allah hadiahkan keserdahanaan kepada aku. May be Kak Timah 100times better than me! Subhanallah. Everything suits me well. Daripada keserdahanaan ini, lahir erti kesyukuran dan kekuatan dalam memperbaiki diri.


(2) Kalaulah aku secantik Kak Leha, mesti aku bangga diri. Aku lupa diri. Aku cakap besar. Mesti aku asyik nak kapel sana-sini shj. Again, maksiat?! MasyaAllah. Takutnya takutnya! Takutnya kalau jadi macam tu. Hmm sayangnya Allah pada aku. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untukku. Subhanallah. Daripada keserdahanaan yang dimiliki, lahir erti kesyukuran, erti kesabaran. Sekurang-kurangnya, diri ini tidak ada cacat cela. Indahnya. 


(3) Kalaulah aku sepandai Romlah, mesti aku malas! Aku malas nak belajar, sebab aku rasa diri aku dah pandai. Lama kelamaan, aku lupa. Lupa diri! Dan secara slow-slow, hilanglah kebergantungan diriku pada Allah swt. Aku lupa Allah swt di kala waktu senang, merangkak-rangkak memohon pertolongan-Nya, di kala waktu susah. MasyaAllah. Jadi, daripada keserdahanaan yang aku miliki ekarang, lahir sebuah erti usaha. Usaha to the fullest, dan tawakal kepada-Nya. 


Hati, hati-hati supaya terus berjihad ke jalan-Nya


Jihad? Yes, jihad. Berjihad dan istiqamah di jalan dakwah dan tarbiyah. Berjihad dalam beribadah. Subhanallah. And ini janji Allah swt utk kita....


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik. (30:69)

Aku nak berubah, aku nak jadi baik. Aku tak nak sentuh pakaian-pakaian neraka. Tapi, tapi, aku tak ada baju lain dah, aku xcukup duit, aku....aku....aku.....aku nak berjimat, aku sayang baju2 yang ada sekarang.....

Subhanallah. Bertuah nya kita, sebab Allah ketuk pintu hati. Ketuk hati kita untuk berubah. Ketuk pintu hati kita untuk bawa kita kepada cinta-Nya. Cinta-Nya yang satu. Menyebabkan kita mengikut segala suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya. The sweetest part, kita kena ingat. Allah akan sentiasa bersama dengan kita dalam waktu kesusahan dan kesenangan. Jadi kenapa kita perlu beri seribu satu alasan? Apalah ada dengan hidup ini kalau Allah tak berkati. Kalau Allah berkati, hidup yang serabut rasa lapang, duit yang kita kata sikit cukup untuk semua perkara. Manusia hari ini, sudah selesa memberi alasan. Though, its a reminder for myself, get things right, right from the start. Maksudnya, apa2 sebarang perubahan yang kita inginkan, semuanya bermula dengan hati kita. Betulkan niat. Betulkan niat kita, sebelum, semasa, dan selepas. InsyaAllah Allah akan bersama-sama dengan kita.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) dijalan-Nya. Agar kamu beruntung.
Jom berjihad! Berjihad, istiqamah in every single thing we do to Allah's path! Moga2 kita dapat jadi orang yang beruntung.

Till then, wasalam!

P/s: Jom ramai2 update blog ini. It's such an amazing feeling to read the beautiful writing of reminders here. Ukhwah fillah. Wasalam :)