Assalamualaikum…alhamdulillah..petang
jumaat hari ni, kita semua masih bernafas dengan baik. Apa khabar ummi dan
adik2 yg membaca? Moga kalian dalam keadaan sihat walau tidak sempat bersua
muka. Kepada yang tak sihat mana tu..banyakkan bersabar. Inshaallah..Allah bagi
ganjaran kepada mereka yang bersabar dengan segala dugaan dan cubaan yang
diberi-Nya.
Ana tak reti nak berbahasa
berbunga2..tak reti nak bermadah pujangga..tapi inshaallah akan cuba untuk
sampaikan sesuatu dengan cara sendiri, sesuatu dari hati. Kata orang, hati
wanita terletak di mulut, maka apa yang nak disampaikan dari hati ini, melalui
mulut ini akan disalurkan ke bentuk
tulisan.
Baik, terus kepada tajuk kita iaitu tarbiyah. Jika
diikut kamus pemahaman ana sendiri, tarbiyah ialah satu usaha untuk membaiki
diri ke arah yang lebih baik. Dari hidup yang bergelut dengan perkara
jahiliyah, kita berusaha untuk meninggalkannya dan berjuang pula untuk
melakukan kebaikan sebanyak dan seikhlas yang boleh. Apa pula pandangan kalian
yang membaca mengenai maksud tarbiyah? Pandangan anda boleh dikongsi.:)
Sememangnya kita tahu, untuk
meninggalkan suatu perkara yang buruk dari dalam diri memang payah. Ia seolah-olah
sesuatu yang melekat kuat dalam badan kita. Tapi, jika kita kuatkan semangat
dan teguhkan hati, inshaallah..semua dugaan akan dapat diatasi.
Untuk mentarbiyah dan mendidik
diri memang payah kerana kita ada kekangan nafsu yang menggelupur untuk menarik
kita kearah perkara yang tidak baik. Selalulah
berdamping dengan orang yang boleh membawa kita ke arah kebaikan dan
kesejahteraan. Berkumpul dan berbulatan dengan mereka yang boleh sama-sama
berbincang dan mencari penyelesaian kepada mana-mana kesulitan.
![]() |
Antara dua. Mana satu pilihan kalbu dan iman? |
Usrah contonya, pengisian usrah
sangat bagus untuk kita teladani dan amalkan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya
perjalanan menuju usrah juga merupakan satu tarbiyah kepada diri secara direct.
Hati kita kadang-kadang berbolak-balik, nak pergi ke tak nak? Malas lagi…letih
lagi…banyak kerja lagi…tapi jiwa yang besar dan hati yang kental akan melawan
semua bisikan tu. Ana juga tidak terkecuali untuk menerima dugaan ini. Namun yang
pasti setelah berjam-jam duduk berbulatan bersama akhawat, kita memperolehi
sesuatu yang tidak kita jangkakan. Ketika ingin pulang ke bilik masing-masing,
minda dan hati sama-sama memproses dan menilai betapa bertuah dan bersyukur
atas kehadiran kita ke usrah. . Semoga kalian
juga tabah dan thabat di jalan ini. Sama-sama kita doakan. Ingat lagi 10 muwasafat tarbiyah?Ok, nak kongsi jugak walaupun adik-adik dah ada..
1) Aqidah yang mantap
2) Ibadah yang sahih
3) Akhlak yang mantap
4) Mampu berdikari
5) Berpengetahuan luas
6) Tubuh yang cergas
7) Menguasai diri
8) Teratur susunannya
9) Sangat menghargai masa
10) Bermanfaat kepada orang lain.
Sekian saja dari along.Tarbiyah diri kita untuk tarbiyah
umat. Jaga diri, amal, jaga iman dan jagalah hati…assalamualaikum!
16.45pm, fuh.cam x caye diri ni berblogging guna bahasa formal ikut buku karangan BM.huhu
penyampaian yag menarik. syabas along!
ReplyDelete-ummi-