Saturday 31 March 2012

DItERtAWaKAn dUNIa LeBih BahAGia DaripAdA DiMurkAi AkHiRat YaNg SeNgSarA


Selama roh ini diberikan kebenaran untuk meminjam tubuh ini….
Selama itu juga dosa dan pahala sering menghantui….
Maka hadirkan dakwah dan tarbiyah dalam diri….
Nescaya akhirat yang pasti tersenyum menanti….

                Akhwat sekalian……memang benar tarbiyah itu berat….tarbiyah itu tersekat…..tarbiyah itu terikat…..kerana kita tidak memperkatakan tentang dunia….kita turut memperingat tentang akhirat. Pernahkah terdetik di hati kita rasa malu? Rasa sesal? Rasa takut? Rasa tertanya-tanya…..akan segala yang akhwat sekalian lakukan sepanjang berjalan atas titian tarbiyah ini?

                Ingin saya mengajak akhwat sekalian untuk berfikir sejenak…apakah sumbangan kita sebagai khalifah agama ALLAH ini? Pernahkah kita berperang dengan golongan penentang Islam? Mampukah kita mengISLAMkan sekampung manusia? Bolehkah kita berdebat dengan sekumpulan pemutar belit kata-kata? Jika tidak……adakah tarbiyah kita berakhir di sini?

                Kita sering membaca pelbagai risalah dan majalah berkaitan masalah umat di Negara kita. Dengan istighfar kita berfikir….dengan  zikir kita ligat mencari pelbagai penyelesaian… betapa bercita-citanya kita mencari dan mencegah kemungkaran. Tanpa sedar, kelihatan sahabat di sebelah yang bangga mendabik dada atas pujian dunia yang  diterima….Tanpa sedar, kelihatan sahabat di hujung jalan yang sibuk membetulkan pakaian agar terserlah segala kecantikan….Tanpa sedar, kelihatan sahabat di sudut bangunan leka bergelumang dengan maksiat. Realiti hidup manusia memang gemarkan perkara-perkara yang penting dan sensasi….sehingga membiarkan perkara-perkara yang remeh terbengkalai tanpa solusi.

                Kita sedar akan keupayaan diri yang tidak begitu mampu untuk berjuang di medan perang atau berdebat di landasan agama…kerana kita faham diri kita yang sebenar. Jadi mengapa akhwat sekalian hanya terdiam ketika sahabat di sekeliling leka mengikut arus dunia…..leka mengikut trend semasa sehingga mencemarkan erti agama kita? Jika tidak mampu untuk menghentikannya serta merta….cukuplah dengan tidak menggalakkan….cukuplah dengan hanya menunjukkan minat yang kosong.  Kerana pujian kepada mereka hanya menambah keyakinan dalam diri mereka bahawa mereka sudah mengikut syariat agama dengan baik…..walhal kita sedar ianya salah …..budaya fesyen muslimah yang meningkat naik dengan drastik zaman ini hanya melalaikan lagi iman di hati mereka…..adakah hijab itu untuk pandangan masyarakat dunia sahaja? Jadi mengapa kita tersenyum dan memuji tatkala mereka menyarung tudung yang tidak cukup inci….baju yang tidak cukup labuh dan seluar yang tidak cukup ruang?

                Jadi siapakah anda wahai murobbiah sekalian? Akhwat sekalian? Mukminin sekalian? Jika hanya mampu melihat tanpa bertindak…..jangan terlalu menunggu hati untuk bersedia. Jangan jadikan alasan kurang pengalaman sebagai batu penghalang langkah dakwah. Kerana alas an sebegitulah yang menjadikan kita sering lupa…yang menjadikan diri kita sering alpa….dan akhirnya kita biarkan mereka begitu sahaja. Kita sering berkata, “Saya masih tidak bersedia, jadi saya akan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana setakat itu sahaja kemampuan saya”. Cuba anda lihat sekeliling anda, selama anda menunjukkan contoh yang baik….adakah sahabat anda turut berubah? Jika mereka hanya melihat, mereka hanya faham bahawa antunna yang berubah maka mereka tidak perlu ambil kisah. Kerana kita hanya menunjukkan tanpa memberitahu sebab kita berubah. Kita pendamkan, kita rahsiakan.

                Perlu kita ingat sebagai rakan tarbiyah yang tahu dan faham kehendak agama…kita mampu membawa perubahan. Ana sendiri hamba yang lemah tapi hamba tidak mahu dipanggil di akhirat kelak dan disalahkan oleh sahabat-sahabat ana kerana tidak menegur mereka….kerana tidak membetulkan pemahaman mereka. Ana sedar antunna sekalian risau jika mereka singkirkan antunna dalam hidup mereka….tetapi sekurang-kurangnya antunna telah berusaha dan mereka tidak akan dapat menyalahkan antunna di akhirat nanti….itu yang pasti.

                Ayuh kita perbetul niat di hati….dalam titian dakwah dan tarbiyah ini……adakah kita hanya akan menanti akhirat yang pasti tanpa memberi sumbangan pada agama Islam yang suci ini. 




                                                                                                                      Posted by : InsanLemah

Friday 23 March 2012

usah biarkan mereka menguasai..

in the name of Allah


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah


lafaz yang tidak patut henti ditutur dari mulut kita sebagai hamba yang hina.


alhamdulillah hari ini masih lagi dapat merasakan nikmat iman dan islam. alhamdulillah kerana pengorbanan, luka dan darah pejuang-pejuang islam dalam mempertahankan islam, ajaran islam itu telah sampai kepada kami. alhamdulillah!


sebenarnya rasa terlalu banyak ingin dicurahkan, untuk dicoretkan. namun akibat masalah penyusunan ayat dan alasan-alasan yang direka makanya banyak peristiwa itu hanya terakam di memori sahaja. namun, perasaan dan kelemahan itu harus dilawan. kerana dengan mencoret ini lah kita mampu memberi peringatan pada diri untuk refresh iman, dan memberi sedikit input kepada pembaca. semoga dengan coretan ini, antum semua bisa menjadi saksi akan syahadah yang kami imani ini.


memerhati sekeliling umat membuat diri dan jiwa sedikit terpana. teringat satu dialog ketika berada di kampung minggu lalu,


" eh apa jadi dengan citer atas nama cinta tuh?"


" la.. vanila coklat last malam ni... bla.. bla.. bla..."


entah mengapa. saat orang hiruk pikuk memperkatakan tentang cerita itu dan ini, terdetik di hati kecil ku.. sungguh, telah berjaya mereka memperdaya kita.


hati kecil ku mula bersedih. ye. benar. mereka yang dimaksudkan adalah yahudi laknatullah. tahu mengapa? mereka telah berjaya membuat kita menyibukkan benda-benda yang tidak berkaitan dengan hidup kita. telah membuatkan kita nak mengetahui perkara yang hanya rekaan sahaja(cerita-cerita tersebut). mereka membuat kita sangat berkhayal dengan cerita-cerita tersebut. mereka membuat kita lebih ternanti-nanti rancangan seperti itu berbanding isu-isu umat islam


ye. anda sedar tak?
 

berapa ramai yang menanti perkembangan isu syria dan palestin seperti mana menanti pengakhiran kisah cerita-cerita tersebut? berapa ramai yang bercerita tentang palestin mahupun syria seperti mana gahnya cerita-cerita tersebut. berapa ramai yang menghafal watak-watak dan pelakon di dalam cerita-cerita tersebut berbanding mengetahui nama para syuhada' pejuang agama yang bermati-matian menjulang islam. mengakkan islam itu!


tak ramai. tak ramai pun tahu isu-isu umat. 


kita rasa kita selesa kan? kunun nya kita negara islam. hey! negara islam kah? bila dakwah sendiri tersekat. bila berdakwah dikatakan agenda politik. 


lihatlah,  kita jauh sangat-sangat dah..apa yang kita perjuangkan sekarang bukanlah syahadatul haq malah lebih kepada duniawi. benarkan? mereka ditindas oleh puak syiah. kita ditindas atau apakah? 


perjuangan kita dalam menegakkan syahadatul haq itu tak hebat mana pun..


cuba fikir-fikirkan... kalo lah kita menghadapi apa yang dihadapi syria, apakah barisan tentera kita akan berada bersama orang islam? sanggup kah? terkobarkah dalam diri mereka semangat mencintai dan memperjuangkan islam itu?? dan apa yang lebih penting, apakah kita sendiri akan bersama-sama di saff tersebut? tepuk dada, tanya iman. jangan tanya aiman ye, nanti aiman kata dia tak kisah. 


kita ni jauh dah sangat-sangat. kita leka. kita sibuk mengejar harta dan nama. meperjuang isu itu isu ini. isu yang tiada kaitan dengan agama sekalipun malah untuk kepentingan diri..


kan??


aiwah, generasi pemuda. kita harapan agama. jangan biar kita terus didoktorin oleh agenda-agemda yahudi yang mahu menjauhkan kita dengan islam . dengan Al-Quran dan AsSunnah. usah biarkan mereka menguasai kita. 


bangkitlah anak-anakku! 


jatuh?? rebah??? bangun meskipun terpaksa merangkak..


umat sedang tenat wahai sahabat-sahabat ku.. (T_T)


jangan lupa doa untuk syria dan palestin. 




meyakini islam is the best!
24Mac2012
ummi

Friday 16 March 2012

The Tarbiyah Project

Picture speaks thousand words...

We have the same feeling, share the same dream! Subhanallah! :)
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (Ar-Ra'd: 28) 


Selamat mecoretkan bait2 manis kisah dakwah dan tarbiyah, ya ukhti!