Saturday 31 March 2012

DItERtAWaKAn dUNIa LeBih BahAGia DaripAdA DiMurkAi AkHiRat YaNg SeNgSarA


Selama roh ini diberikan kebenaran untuk meminjam tubuh ini….
Selama itu juga dosa dan pahala sering menghantui….
Maka hadirkan dakwah dan tarbiyah dalam diri….
Nescaya akhirat yang pasti tersenyum menanti….

                Akhwat sekalian……memang benar tarbiyah itu berat….tarbiyah itu tersekat…..tarbiyah itu terikat…..kerana kita tidak memperkatakan tentang dunia….kita turut memperingat tentang akhirat. Pernahkah terdetik di hati kita rasa malu? Rasa sesal? Rasa takut? Rasa tertanya-tanya…..akan segala yang akhwat sekalian lakukan sepanjang berjalan atas titian tarbiyah ini?

                Ingin saya mengajak akhwat sekalian untuk berfikir sejenak…apakah sumbangan kita sebagai khalifah agama ALLAH ini? Pernahkah kita berperang dengan golongan penentang Islam? Mampukah kita mengISLAMkan sekampung manusia? Bolehkah kita berdebat dengan sekumpulan pemutar belit kata-kata? Jika tidak……adakah tarbiyah kita berakhir di sini?

                Kita sering membaca pelbagai risalah dan majalah berkaitan masalah umat di Negara kita. Dengan istighfar kita berfikir….dengan  zikir kita ligat mencari pelbagai penyelesaian… betapa bercita-citanya kita mencari dan mencegah kemungkaran. Tanpa sedar, kelihatan sahabat di sebelah yang bangga mendabik dada atas pujian dunia yang  diterima….Tanpa sedar, kelihatan sahabat di hujung jalan yang sibuk membetulkan pakaian agar terserlah segala kecantikan….Tanpa sedar, kelihatan sahabat di sudut bangunan leka bergelumang dengan maksiat. Realiti hidup manusia memang gemarkan perkara-perkara yang penting dan sensasi….sehingga membiarkan perkara-perkara yang remeh terbengkalai tanpa solusi.

                Kita sedar akan keupayaan diri yang tidak begitu mampu untuk berjuang di medan perang atau berdebat di landasan agama…kerana kita faham diri kita yang sebenar. Jadi mengapa akhwat sekalian hanya terdiam ketika sahabat di sekeliling leka mengikut arus dunia…..leka mengikut trend semasa sehingga mencemarkan erti agama kita? Jika tidak mampu untuk menghentikannya serta merta….cukuplah dengan tidak menggalakkan….cukuplah dengan hanya menunjukkan minat yang kosong.  Kerana pujian kepada mereka hanya menambah keyakinan dalam diri mereka bahawa mereka sudah mengikut syariat agama dengan baik…..walhal kita sedar ianya salah …..budaya fesyen muslimah yang meningkat naik dengan drastik zaman ini hanya melalaikan lagi iman di hati mereka…..adakah hijab itu untuk pandangan masyarakat dunia sahaja? Jadi mengapa kita tersenyum dan memuji tatkala mereka menyarung tudung yang tidak cukup inci….baju yang tidak cukup labuh dan seluar yang tidak cukup ruang?

                Jadi siapakah anda wahai murobbiah sekalian? Akhwat sekalian? Mukminin sekalian? Jika hanya mampu melihat tanpa bertindak…..jangan terlalu menunggu hati untuk bersedia. Jangan jadikan alasan kurang pengalaman sebagai batu penghalang langkah dakwah. Kerana alas an sebegitulah yang menjadikan kita sering lupa…yang menjadikan diri kita sering alpa….dan akhirnya kita biarkan mereka begitu sahaja. Kita sering berkata, “Saya masih tidak bersedia, jadi saya akan menunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana setakat itu sahaja kemampuan saya”. Cuba anda lihat sekeliling anda, selama anda menunjukkan contoh yang baik….adakah sahabat anda turut berubah? Jika mereka hanya melihat, mereka hanya faham bahawa antunna yang berubah maka mereka tidak perlu ambil kisah. Kerana kita hanya menunjukkan tanpa memberitahu sebab kita berubah. Kita pendamkan, kita rahsiakan.

                Perlu kita ingat sebagai rakan tarbiyah yang tahu dan faham kehendak agama…kita mampu membawa perubahan. Ana sendiri hamba yang lemah tapi hamba tidak mahu dipanggil di akhirat kelak dan disalahkan oleh sahabat-sahabat ana kerana tidak menegur mereka….kerana tidak membetulkan pemahaman mereka. Ana sedar antunna sekalian risau jika mereka singkirkan antunna dalam hidup mereka….tetapi sekurang-kurangnya antunna telah berusaha dan mereka tidak akan dapat menyalahkan antunna di akhirat nanti….itu yang pasti.

                Ayuh kita perbetul niat di hati….dalam titian dakwah dan tarbiyah ini……adakah kita hanya akan menanti akhirat yang pasti tanpa memberi sumbangan pada agama Islam yang suci ini. 




                                                                                                                      Posted by : InsanLemah

1 comment:

  1. mulakan dengan dirimu..
    jangan suka mencipta alasan, bimbang2 alasan itu akan dituntut di akhirat kelak

    ReplyDelete